Pendidikan dan kerjaya Ahmad_Shabery_Cheek

Ahmad Shabery Cheek (tengah) sedang bermain permainan Scrabble bersama-sama rakannya di University of Leeds pada tahun 1984.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Lembing dan Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban. Setelah itu, beliau menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya pada 1983 dalam bidang ekonomi. Beliau juga mempunyai Ijazah Sarjana dari bidang sains politik University of Leeds, United Kingdom 1986 selain itu mempunyai Diploma Lanjutan dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dari Universiti Uppsala, Sweden 1989. Beliau pernah dipilih sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universti Malaya (PMIUM).1982 – 1983 beliau menjadi Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Islam Universiti Malaya (University of Malaya Islamic Students Associations).Pada 1989 - 1990 beliau dilantik sebagai Setiausaha Persatuan Sains Sosial Malaysia.

Beliau pernah menceburi profesyen pendidikan apabila menjadi seorang pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya pada tahun 1990. Selain itu, beliau pernah menjadi fellow penyelidik di Institut Kajian Asia Tenggara Singapura (ISEAS).

Pada tahun 2004 sehingga sekarang beliau masih lagi merupakan Ahli Parlimen Kemaman, Terengganu.Selain itu juga beliau pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Parlimen, Kementerian Luar Negara, Malaysia (Mac 06-Mac 08) dan Menteri Penerangan, Malaysia pada Mac 2008 hingga 2009. Pada awal April 2009 beliau dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Dari Mei 2013 hingga 28 Julai 2015 beliau adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Salam Rombakan Kabinet pada 28 Julai 2015, YAB Perdana Menteri melantik beliau sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Rujukan

WikiPedia: Ahmad_Shabery_Cheek http://news.abnxcess.com/bm/2013/05/shabery-cheek-... http://ahmadfaizal.com/2013/03/25/perlawanan-amal-... http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rombakan... http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ge/newsgenera... http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php... http://koleksi-blog-rtm.blogspot.com http://pemudamalaysia.blogspot.com/2008/08/keputus... http://www.karangkraf.com/berita/nasional/pelantik... http://www.panduanmalaysia.com/2014/08/apa-makna-t... http://www.theborneopost.com/2013/01/22/mysportsfe...